Panduan MNP Ke ONEXOX (Kekalkan Nombor)

Panduan MNP Ke ONEXOX (Kekalkan Nombor) 

Berikut kami sediakan panduan MNP (Kekalkan Nombor Lama) ke Onexox.
Pelanggan Pasca Bayar (POST PAID) :
    • Pastikan anda ialah pemilik akaun.
    • Langganan dalam keadaan aktif tanpa sebarang tunggakan bil dan tidak terikat dengan kontrak oleh penyedia rangkaian sedia ada.
    • Anda mestilah menjelaskan segala bil terkini sebelum memohon MNP.  Bayar bil terkini lebihkan sedikit bayaran RM3 ke atas bergantung pada penggunaan sebab proses MNP ambil masa 1 – 5 hari waktu bekerja.
    • Bebas kontrak – Anda tidak melanggan melalui pakej promosi telefon atau pakej promosi istimewa seperti pakej 1 + 3, pakej 1 +5 dan sebagainya.
PENTING : Anda mestilah membatalkan kontrak terlebih dahulu dengan penyedia rangkaian sedia ada sebelum meneruskan permohonan MNP ke ONEXOX. Jika pelanggan mempunyai talian tambahan (supplementary line) , setiap talian mestilah dipisahkan atau menukarkannya ke pelan prabayar.
Pelanggan Prabayar (PREPAID) :
  1. Pastikan anda ialah pemilik nombor tersebut.
  2. Sila pastikan nama penuh dan nombor kad pengenalan untuk permohonan MNP adalah sama dengan butiran yang diberikan semasa mendaftar dengan langganan sedia ada.
  3. Langganan dalam keadaan aktif. (belum terminated)
  4. Pastikan langganan sedia ada mempunyai baki kredit minimum RM2 untuk caj pertukaran Telco ke Onexox.
Untuk MNP, semua maklumat berikut adalah perlu diberikan oleh setiap user :
  1. Nama penuh.
  2. Nombor kad pengenalan.
  3. Alamat lengkap.
  4. Nombor telefon yang ingin dikekalkan.
  5. Telco asal.

Semasa proses pendaftaran MNP, Pengguna hendaklah membalas mesej kepada telco asal. Berikut adalah SMS yang perlu di balas oleh anda sekiranya anda ingin mengekalkan nombor lama anda ke telco ONEXOX:

CELCOM – YES hantar ke 28882
MAXIS – YES hantar ke 20025
DIGI – hantar ke 27676
Tune Talk / Tone Excel – hantar ke 2233
UMobile – YES hantar ke 28138



SOALAN-SOALAN LAZIM TENTANG MNP ONEXOX

SOALAN 1 : Saya ingin kekalkan nombor lama, boleh tak saya tukar ke Onexox dengan mengekalkan nombor lama?
Sudah tentu BOLEH. Proses ini kita panggil MNP (Mobile Number Portability)
SOALAN 2 : Bolehkah talian postpaid ditukarkan ke talian prepaid Onexox?
Ya boleh.  Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum bertukar ke Onexox.
  1. Langganan tersebut dalam keadaan aktif tanpa sebarang tunggakan bil dan tidak terikat dengan apa-apa kontrak oleh penyedia rangkaian semasa.
  2. Tanpa sebarang tunggakan bil. Pelanggan mestilah menjelaskan segala bil terkini sebelum memohon MNP.
  3. Tidak terikat dengan apa-apa kontrak. Pelanggan tidak melanggan melalui pakej promosi telefon atau pakej promosi istimewa. Pelanggan mestilah terlebih dahulu membatalkan kontrak dengan penyedia rangkaian sedia ada sebelum meneruskan permohonan MNP.
  4. Jika pelanggan mempunyai talian tambahan ( supplementary line), setiap talian mestilah dipisahkan atau menukarkannya ke pelan prabayar terlebih dahulu.
SOALAN 3 : Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk MNP?
Ianya bergantung kepada kelulusan Telco yang anda gunakan sekarang. Onexox hanya submit permohonan kepada Telco asal dan anda hanya perlu kelulusan dari Telco asal. SOP untuk proses MNP adalah 1 – 5 hari bekerja.

Jika anda berminat untuk Kekalkan Nombor Lama (MNP) & beralih ke telco ONEXOX, saya boleh bantu anda!

PROSES PENDAFTARAN PERCUMA!!!

Ya! Proses pendaftaran ini PERCUMA!!

PRASYARAT

  1. Nama Penuh & Nombor Kad Pengenalan (NRIC) adalah pemilik nombor telepon bimbit.
  2. Nombor telepon bimbit ada sedikit baki kredit & masih mempunyai tempoh sah (validity). Jika telah tamat tempoh sila topup RM5.00.
  3. Baki kredit tidak negatif.
  4. Membeli simkad MNP ONEXOX di sini.
  5. Hubungi Saya klik je sini

Comments

Popular posts from this blog

DAFTAR DEALER ANGKAT TOPUP (AT)

BELI TOPUP DISINI

BAYAR BILL & BELI TOPUP DAPAT REBATE